
Sebabnya ialah menghasilkan produk sendiri memerlukan kos dan ianya mempunyai risikonya yang tersendiri. Sebagai contoh, jika anda hasilkan produk yang menelan belanja RM5,000 dan selepas itu anda tidak tahu bagaimana untuk mempromosikannya atau anda tidak tahu sama ada produk anda mempunyai permintaan atau tidak, anda sebenarnya menuju ke arah kegagalan.
Pemasaran affiliate menjadi padang latihan usahawan internet untuk mula memahami bagaimana untuk mempromosi dan melakukan pemasaran. Di samping itu juga, mereka belajar jenis-jenis produk yang laris dijual kepada pasaran yang mempunyai permintaan yang tinggi.
Selepas adanya ilmu ini, maka lebih mudah untuk anda mencipta produk sendiri supaya ianya mudah dijual.
Sebagai kesimpulannya, jangan abaikan ilmu pemasaran affiliate kerana ianya amat berguna. Anda boleh belajar ilmu ini melalui forum, seminar atau dapatkan program Pakar Affiliate yang saya terbitkan baru-baru ini di http://automationcart.com
No comments:
Post a Comment