Wednesday, July 21, 2010

Tips Menawan Hati Bos...

Pastinya ramai antara anda sedang berlumba-lumba menawan hati bos. Namun begitu ada yang tersilap guna cara. Mengambil hati bos ada seninya, salah cara mungkin akan menyebabkan hati bos terusik, akibatnya andalah yang menerima padahnya. 

1. Perkenalkan diri pada bos
Sekiranya ada bos baru datang bertugas di tempat kerja, apa kata anda terlebih dahulu memperkenalkan diri padanya dan bukan di sebaliknya. Pekerja yang mengambil inisiatif ini pasti akan mendapat lebih perhatian. Setelah memperkenalkan diri, ajakla bos terlibat bersama dalam projek yang sedang diuruskan, paling kurang minta pendapatnya.

2. Jangan ketinggalan zaman
Bos pasti senang jika pekerjanya serba tahu danselalu mendapat berita terbaru tentang kerjanya. Selain itu, anda juga perlu mengikuti perkembangan semasa, jangan menjadi seperti katak bawah tempurung. Jangan pandang remeh juga tentang gosip-gosip dunia kerja kerana mana tahu ada gunanya nanti.

3. Dengarkan dan tanyalah
Jangan hanya mendengar apa yang disebutkan oleh bos. Lanjutkan perbualan itu dengan pertanyaan agar dia menyedari bahawa anda memang fokus dan mendengar apa yang diperkatakan olehnya. Ini semua membawa petanda yang anda merupakan pekerja yang prihatin dan peka dengan kehendaknya.

4. Selalu pasang mata
Pekerja yang baik adalah pekerja yang selalu mengambil perhatian terhadap bos, pelanggan dan juga rakan sekerja. Selalu pasang mata dan perhatikan juga perkara-perkara yang ada kaitannya dengan kerja.

5. Kembangkan idea
Pekerja yang paling berharga adalah pekerja yang berinovatif dan selalu mendorong dirinya untuk melakukan yang terbaik. Ciri khas pekerja yang berinovatif adalah mereka yang selalu berkata, "saya telah berfikir panjang tentang tugasan yang diberikan dan telah menambahkan idea a, b dan c ke dalam idea asli." Jadi, diharapkan anda juga mengambil inisiatif, jangan pasif saja!

6. Jangan takut ambil risiko
Bertanggungjawab, tidak kering idea dan tidak takut menentang arus merupakan ciri-ciri pekerja pilihan. Selain itu, pekerja yang banyak diberikan perhatian oleh bos adalah jenis yang berani mengambil risiko. Tidak kira apa kerja pun, pasti ada risikonya. Jadi, apa yang perlu ditakutkan jika segalanya sudah dirancang dengan baik.

______________________________________________________________

PERCUMA Cara meningkatkan jualan anda di internet http://www.azamahmad.ws/page1.html











No comments:

Post a Comment