Friday, August 20, 2010

Kediaman Unik Di Dunia

Earth House

Earth House (rumah bumi) turut dikenali sebagai Earth Sheltered Home (rumah perlindungan bumi) terdapat di Switzerland dan pada ketika ini kira-kira 40 buah rumah jenis ini telah dibina dan direka oleh Peter Vetsch. Ianya dibina dengan tujuan mengekalkan alam sekitar. Meskipun dindingnya dibina daripada tanah dengan rekaan organik, ia mampu melindungi penghuninya daripada suhu rendah, angin dan ribut.Seni bina rumah ini menggabungkan dapur kontemporari, bilik mandi dan sistem kawalan rumah.
Loch Tay Crannog
Loch Tay Crannog adalah sejenis kediaman purba yang boleh ditemui di Scotland dan Ireland sejak 5,000 tahun lalu dan ia menjadi simbol kuasa dan kekayaan. Bangunannya dibina daripada kayu yang ditebang dari kawasan hutan, manakala dindingnya dianyam menggunakan teknik tradisional dan lantainya pula dibina daripada kayu balak yang nipis. Di bahagian tengahnya terdapat pendiang yang digunakan untuk memanaskan badan. Kebanyakkan Crannog dibina di kawasan yang sesuai untuk pertanian dan menjadi tempat perlindungan yang selamat daripada serangan manusia atau haiwan liar. Taburan Crannog banyak didapati di Scotland dan tertumpu di kawasan barat iaitu dari Galloway hingga ke Isles Barat.

Shell House
Shell House (rumah kulit kerang) dibina oleh Senosiain Arquitectos untuk pasangan di Mexico sebagai merealisasikan impian dan lambang kasih sayang dalam hubungan mereka. Rumah yang dibina menggunakan rangka keluli dan konkrit ini kelihatan seperti seekor siput yang mempunyai sebuah taman didalamnya. Kesemua bilik direka dalam bentuk kontur-kontur bangunan besar. Bahagian dapur direka dengan bentuk lidah yang kelihatan seperti hidup di bahagian dinding. Ruang tamu pula mempunyai sebuah sofa yang berupa seekor ampai-ampai. Pelbagai warna digunakan sesuai dengan tema hidupan lautan berwarna-warni yang sangat cantik dan indah.

Toda Hut
 Pondok Toda di Nilgiris, India amat unik kerana berbentuk bujur telur dan mempunyai pintu yang kecil. Kediaman yang dimiliki oleh kaum Toda terdapat di perkampungan kecil dipanggil 'munds'. Pondok Toda agak kecil dengan ketinggian tiga meter, panjangnya 5.5 meter dan luas pula 2.7 meter. Ia dibina daripada buluh dan rotan manakala dindingnya diikat denganbatu-batu yang longgar. Pintu masuknya dibuat begitu kecil berukuran 90sm x 90sm dengan tujuan untuk perlindungan daripada serangan haiwan liar.

_____________________________________________________________

Hebat....daripada membayar tidak mendapat hasil, adalah lebih baik bayar dan dapat semula komisyen. Malah berlebih-lebih pulangannya...layari laman web ini untuk maklumat lanjut. 




No comments:

Post a Comment