Friday, August 6, 2010

Baik Buruknya Bercinta Dengan Rakan Sekerja

Bercinta dengan rakan sekerja walaupun akan membawa kebaikan namun jangan anda lupa akan keburukannya juga. Apabila anda mengalami keadaan ini, anda perlulah berhati-hati kerana jika tersalah langkah, ia mungkin akan mengganggu prestasi kerja anda.

Kebaikan

1. Lebih banyak masa bersama - Ramai orang menghabiskan masa mereka di tempat kerja sehingga tidak ada masa mencari pasangan. Jika anda bercinta dengan rakan sekerja, anda bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah tersebut tetapi juga mempunyai banyak masa untuk bersama dengan si dia.

2. Menaikkan keyakinan diri - Anda boleh bertanggapan bahawa andalah gadis atau jejaka yang paling menyerlah di tempat kerja sehingga salah seorang rakan sekerja menaruh hati pada anda.

3. Kerja overtime dirasakan lebih menyeronokkan - Apabila jabatan anda memerlukan semua pekerja bekerja lebih masa bagi menyiapkan suatu projek besar; bolehlah anda dan pasangan anda membuat kerja sambil berdua-duaan.

4. Ada tempat mengadu - Anda boleh mengadu sebarang masalah yang berkait dengan kerja dengan pasangan anda kerana dia akan lebih memahami situasi kerja anda berbanding dengan pasangan yang bukan rakan sekerja.

5. Lebih peluang memahami pasangan -  Perhubungan sebegini membolehkan anda lebih mengenali pasangan anda. Ini amat penting jika anda mahu menjadikannya sebagai teman hidup anda.

Keburukan

1. Kurang masa peribadi - Jika sebelum ini anda kerap keluar makan tengah hari atau bersuka ria dengan rakan sekerja lain selepas waktu kerja, sekarang anda terpaksa menemani pasangan anda setiap masa.

2. Tidak boleh berlagak lagi - Jika anda bercinta dengan rakan sekerja, anda tidak ada peluang untuk berlagak dengan pekerjaan anda. Ini adalah kerana dia akan lebih mengetahui siapakah anda sebenarnya di tempat kerja.

3. Prestasi kerja mungkin akan menurun - Jika anda tidak menumpukan perhatian pada kerja yang patut disiapkan tetapi banyak bersembang dengan pasangan anda, silap hari bulan perkembangan kerja anda akan terganggu atau prestasi kerja anda akan menurun.

4. Kurang masa untuk bersendirian - Jika anda dan si dia pergi dan balik kerja bersama, ini akan menyebabkan anda tidak ada masa untuk bersendirian. Jika anda adalah jenis yang suka 'bersendiri', anda pasti akan menyedari bercinta satu tempat kerja begitu melemaskan.

5. Tidak dapat melarikan diri - Jika perhubungan tersebut tidak menajadi, ini bermakna bahawa anda tidak dapat melarikan diri daripada berjumpa dengan 'bekas pasangan' di tempat kerja.


______________________________________________________________
PERCUMA Cara meningkatkan jualan anda di internet http://www.azamahmad.ws/page1.html




No comments:

Post a Comment