Wednesday, July 21, 2010

Kelebihan Ilmu Website

salam hormat,

saya Azam Ahmad...

Ilmu yang ingin saya kongsikan disini ialah Kelebihan mempelajari ilmu perniagaan internet dan kelebihan mempunyai website anda sendiri.

1. Anda akan dapat membina apa jua website anda sendiri, untuk apa jua perniagaan yang anda jalankan sekarang ini. Mengikut kehendak anda, mengikut selera anda, tanpa perlu  mengeluarkan modal yang besar untuk mengupah orang lain.

2. Anda akan mempunyai pengikut anda sendiri dimana dengan mereka ini anda boleh menjua apa jua produk berkali-kali tanpa perlu memikirkan dimanakan untuk mencari pelanggan lagi.

3. Anda boleh menjana pendapatan dari berbagai-bagai sumber, seperti pendapatan berterusan melalui kursus membina website yang anda anjurkan sendiri ditempat anda atau di rumah anda, pendapatan dari mengambil upah membina website, kerana upah membina website sekarang ini amatlah mahal, pendapatan dari perniagaan online anda, pendapatan dari program affiliate anda seperti webhosting dan program autoresponder. Pendapatan menjadi consultant marketing sesebuah perniagaan.

4. Market anda tidak terhad kepada sahabat handai, rakan sekeliling, saudara mara, tetapi akan dapat menjual sesuatu produk keserata dunia asalkan mereka mempunyai internet.Menjana pendapatan sampingan yang lumayan.

5. Sesetengah syarikat atau orang perseorangan memperuntukkan satu jumlah yang besar untuk tujuan promosi sahaja, tetapi anda hanya perlukan modal yang amat kecil tetapi kesan yang jauh lebih besar.

6. Anda sentiasa mendahulu orang lain didalam bidang marketing dan penyebaran maklumat kepada orang lain atau kepada pelanggan.

7. Anda akan dapati kesemua tugas2 promosi yang hebat tersebut boleh dilakukan secara autopilot dan ianya bergerak dengan sendirinya.

Harap anda dapat mempelajarinya dengan cara yang betul demi untuk menjalankan dan mengembangkan network perniagaan internet anda.

p/s: jika anda perlukan bantuan/panduan untuk membina laman web secara percuma sila layari
     http://www.azamahmad.ws/AutoMLMAnda.html

     Sila isikan nama, email dan submit.


ikhlas,
Azam Ahmad
snail_ori@yahoo.com
0125721556

Panduan Membuat Website Percuma
http://www.azamahmad.ws/AutoMLMAnda.html

Sekiranya anda ingin memiliki autoresponder aka posman penghantar flier untuk anda, saya cadangkan gunakan Posmaster Trafficwave, jika sudah abaikan cadangan ini:

Link untuk daftar Trafficwave:
https://www.trafficwave.net/cgi-bin/newmember/enrlform.cgi/azamahmad/paid

Program Affiliate
http://www.azamahmad.ws/klikjer.html

___________________________________________________________



Dari $10 Ke $17,521 Sebulan. Ini Rahsianya.
http://PerniagaanInternet.ws/r/azamahmad

Tips Menawan Hati Bos...

Pastinya ramai antara anda sedang berlumba-lumba menawan hati bos. Namun begitu ada yang tersilap guna cara. Mengambil hati bos ada seninya, salah cara mungkin akan menyebabkan hati bos terusik, akibatnya andalah yang menerima padahnya. 

1. Perkenalkan diri pada bos
Sekiranya ada bos baru datang bertugas di tempat kerja, apa kata anda terlebih dahulu memperkenalkan diri padanya dan bukan di sebaliknya. Pekerja yang mengambil inisiatif ini pasti akan mendapat lebih perhatian. Setelah memperkenalkan diri, ajakla bos terlibat bersama dalam projek yang sedang diuruskan, paling kurang minta pendapatnya.

2. Jangan ketinggalan zaman
Bos pasti senang jika pekerjanya serba tahu danselalu mendapat berita terbaru tentang kerjanya. Selain itu, anda juga perlu mengikuti perkembangan semasa, jangan menjadi seperti katak bawah tempurung. Jangan pandang remeh juga tentang gosip-gosip dunia kerja kerana mana tahu ada gunanya nanti.

3. Dengarkan dan tanyalah
Jangan hanya mendengar apa yang disebutkan oleh bos. Lanjutkan perbualan itu dengan pertanyaan agar dia menyedari bahawa anda memang fokus dan mendengar apa yang diperkatakan olehnya. Ini semua membawa petanda yang anda merupakan pekerja yang prihatin dan peka dengan kehendaknya.

4. Selalu pasang mata
Pekerja yang baik adalah pekerja yang selalu mengambil perhatian terhadap bos, pelanggan dan juga rakan sekerja. Selalu pasang mata dan perhatikan juga perkara-perkara yang ada kaitannya dengan kerja.

5. Kembangkan idea
Pekerja yang paling berharga adalah pekerja yang berinovatif dan selalu mendorong dirinya untuk melakukan yang terbaik. Ciri khas pekerja yang berinovatif adalah mereka yang selalu berkata, "saya telah berfikir panjang tentang tugasan yang diberikan dan telah menambahkan idea a, b dan c ke dalam idea asli." Jadi, diharapkan anda juga mengambil inisiatif, jangan pasif saja!

6. Jangan takut ambil risiko
Bertanggungjawab, tidak kering idea dan tidak takut menentang arus merupakan ciri-ciri pekerja pilihan. Selain itu, pekerja yang banyak diberikan perhatian oleh bos adalah jenis yang berani mengambil risiko. Tidak kira apa kerja pun, pasti ada risikonya. Jadi, apa yang perlu ditakutkan jika segalanya sudah dirancang dengan baik.

______________________________________________________________

PERCUMA Cara meningkatkan jualan anda di internet http://www.azamahmad.ws/page1.html











Sunday, January 31, 2010

Tiada Salahnya Kerja “9-To-5″ Atau “Lebih Sikit Daripada Pokai” oleh Zamri Nanyan

Apabila saya nampak usahawan internet yang melakukan bisnes internet mereka secara sepenuh masa mempersendakan orang yang masih bekerja, saya rasa amat marah sekali.

Komen seperti J-O-B (Kerja) diumpamakan seperti “Just Over Broke” (Lebih Sikit Daripada Pokai) atau “Rat Race” (Larian Tikus Dalam Gelung yang tak pernah selesai) membuatkan saya tersinggung. Semasa saya bekerja dahulu dan juga membina bisnes internet pada masa yang sama, saya telahpun didedahkan dengan ayat-ayat seperti ini untuk mempengaruhi saya untuk berhenti bekerja dengan orang lain.

Pada saya, bukan semua kerja dengan orang itu sesuatu yang buruk. Sebagai contoh, guru, doktor, posmen, pemandu bas, penebar roti canai, penoreh getah dan sebagainya mempunyai peranan mereka sendiri. Kalau tiada mereka yang masih mempunyai “Just Over Broke”, anda mungkin tidak dapat menikmati roti canai yang sedap. Anda mungkin akan mati kerana tidak diberikan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit anda. Kereta mewah yang anda pandu mungkin tidak akan gunakan tayar getah yang berkualiti. Anak anda mungkin tidak akan menjadi insan yang handal pada suatu masa nanti disebabkan tiada guru yang berminat untuk mengajar.

Anda boleh lihat di sini bahawa inilah pengorbanan mereka kepada sosial. Inilah kontribusi mereka kepada perkembangan ekonomi. Inilah juga sumber pendapatan internet anda sekiranya produk yang anda jual dibeli oleh mereka.

Sesetengah orang memang tidak mempunyai kemahiran untuk menjadi usahawan dan tidak pun berminat untuk menjadi usahawan. Disebabkan faktor tertentu, mungkin mereka lebih sesuai untuk menjadi pekerja seumur hidup mereka.

Tugas saya dan anda sebagai usahawan internet ialah memberikan peluang bahawa dengan mempunyai pekerjaan tetap, mereka masih lagi mampu membina saluran pendapatan tambahan selain daripada gaji bulanan. Memang pendapatan di internet boleh dijana secara separuh masa. Saya katakannya begitu kerana saya juga pernah membina bisnes internet semasa masih mempunyai pekerjaan tetap selama 7 tahun. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka tidak nampak peluang yang disediakan di hadapan mereka, tiada apa yang boleh dilakukan lagi selain daripada berharap yang suatu hari nanti minda mereka akan terbuka.

Jika anda masih lagi mempunyai pekerjaan, mempunyai cita-cita untuk membina bisnes secara sepenuh masa sekarang, jangan tunggu lama-lama. Mulakan langkah anda dan bina bisnes anda secara separuh masa.

Kelebihan membina bisnes internet atau bisnes konvensional semasa anda mempunyai pekerjaan ialah anda mempunyai peluang untuk membina “keuntungan” di samping mempunyai “gaji” tetap. Gaji anda boleh menampung segala keperluan pembinaan bisnes anda tanpa anda perlu berasa risau untuk mendapatkan modal pusingan dari bisnes anda sendiri. Tidakkah ini sesuatu kelebihan yang anda perolehi berbanding mereka yang terus terjun ke bidang perniagaan tanpa mempunyai plan jangka masa panjang?

Simpan modal bulanan untuk anda membina bisnes anda setiap kali anda dapat gaji. Jika 10% gaji anda adalah sesuatu yang anda mampu, anggaplah 10% pelaburan tersebut akan digunakan untuk anda belajar membina bisnes, membeli peralatan bisnes dan seterusnya memperkembangkan bisnes anda. Bila keuntungan anda bertambah, anda akan terkejut yang suatu hari nanti, anda sudah tidak perlukan lagi modal simpanan 10% gaji anda tersebut kerana keuntungan anda sudahpun melebihi 100% gaji yang anda perolehi.

Jadi, jangan berasa kecewa jika anda tidak dapat membina bisnes internet sepenuh masa lagi. Sebaliknya, bersyukur kerana pekerjaan anda mampu memberi anda peluang untuk berjinak-jinak dengan bisnes kegemaran anda.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/azamahmad untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang.
================================================


Peluang Perniagaan Internet!
http://PerniagaanInternet.ws/r/azamahmad

Apakah Maksud K-S-P Di Dalam Perniagaan Internet Anda? oleh Zamri Nanyan

Kebanyakan daripada usahawan yang baru menceburi bisnes internet ini mempunyai masalah untuk menghasilkan jualan.

Apabila laman web dibina dan promosi dilakukan, tiada jualan dapat dihasilkan walaupun anda tahu bahawa produk yang anda promosikan adalah hebat dan diperlukan oleh orang ramai.

Ini terbukti kerana kadang-kadang anda juga mempromosikan produk yang sama dengan orang lain tetapi mereka mendapat komisyen jualan yang tinggi. Anda sebaliknya tidak mendapat apa-apa.

Jika anda hendak tahu apakah rahsia di sebalik penghasilan jualan yang tinggi di internet, inilah beberapa kunci utamanya.

K-S-P

Saya terangkan kepada anda singkatan K-S-P yang saya maksudkan.

K = Kenal

S = Suka

P = Percaya

Saya pasti sekiranya anda dapat menguasai ketiga-tiga kunci ini, anda mampu menukarkan jualan sifar anda kepada jualan mega.

Baiklah, mari kita lihat apakah yang dimaksudkan oleh ketiga-tiga kunci ini.

* Kenal

Pada mula anda mempromosikan sebarang produk atau servis, prospek yang melawati laman web anda akan mula bertanya kepada diri mereka sendiri. “Siapa yang menjual produk ini? Saya tak kenal pun beliau.”

Pada tahap ini, mereka akan mula mencari-cari jawapan kepada soalan “siapakah anda” untuk mengenali anda terlebih dahulu. Perkara ini penting kerana di internet, terlalu banyak penipuan dilakukan sehingga ada yang rugi ribuan ringgit.

Cara mudah untuk orang mengenali anda di internet ialah dengan mempunyai laman web profesional sendiri dan memperkenalkan diri anda seperti siapa nama anda, apakah bisnes yang anda jalankan dan jika anda ada gambar pejabat dan gambar anda sendiri, tidak salah untuk anda letakkannya di internet supaya prospek anda dapat membayangkan rupa anda dan juga bisnes yang anda jalankan.

Di atas sebab ini jugalah anda perlu mempunyai laman web profesional anda, dengan nama domain anda sendiri, dan bukannya laman web percuma daripada geocities.com atau tripod.com.

Mendapatkan sebuah nama domain dan laman web yang profesional adalah murah dan sangat mudah, sehingga saya sendiri pun tidak faham kenapa masih ramai lagi “usahawan” internet yang tidak mahu mendapatkannya (tetapi pada masa yang sama mereka mahu tampil profesional).

Dengan modal USD$10 (atau lebih kurang RM35), anda sudahpun boleh mendapatkan nama domain anda sendiri dan web-host untuk menempatkan laman web anda, dan seterusnya bina laman web profesional anda semestinya.

Ini laman web USD$10 yang saya maksudkan:
http://www.website.ws/azamahmad

Daftar dengan nama domain yang mempunyai nama anda sendiri seperti www.NamaAnda.ws pun sudah memadai untuk memulakan langkah prospek mengenali anda.

* Suka

Perkara seterusnya ialah cari cara bagaimana prospek anda boleh suka dengan anda dan juga perniagaan anda.

Dari sinilah pentingnya anda pandai membawa diri anda di internet. Sebagai contoh, anda boleh menyertai forum perbincangan online dan beramah mesra dengan ahli forum yang lain. Jangan sekali-kali bermusuhan dengan orang lain di internet semata-mata pandangan anda berbeza daripada pandangan mereka.

Komunikasi yang baik melalui email atau laman sosial yang lain (seperti Facebook, Friendster dan sebagainya) juga menambah markah yang baik untuk meningkatkan tahap orang menyukai anda.

Salah satu lagi cara mudah yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan perisian yang dipanggil autoresponder untuk mendapatkan senarai nama dan email rakan-rakan internet anda.

Autoresponder ialah perisian email di mana anda boleh simpan nama dan email pelawat yang mengisi borang langganan di laman web anda ke dalam pangkalan data (database) yang disimpan di webserver. Seterusnya, anda boleh gunakan autoresponder untuk menghantar kepada semua email ini sekali gus sama ada pada masa yang anda tetapkan ataupun pada masa sekarang.

Anda tak perlu tahu terlalu mendalam bagaimana untuk memasang perisian ini kerana cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan autoresponder ialah dengan melanggan servis seperti yang ditawarkan oleh Aweber atau GetResponse.

Gunakan autoresponder untuk mengumpul senarai email rakan-rakan internet anda. Pada masa yang sama, selalulah berhubung dengan mereka melalui email dengan memberikan tip-tip mengenai produk atau bisnes anda ataupun sekadar untuk memberitahu perkembangan terbaru mengenai apa yang anda lakukan pada masa sekarang.

Dalam ertikata lain, anda mahu rakan-rakan internet anda ini kenal dan suka kepada anda.

Dan apabila orang sudah mengenali anda dan menyukai anda, barulah mereka akan sampai ke tahap seterusnya.

* Percaya

Di tahap inilah anda akan mula nampak hasil daripada usaha anda sebelum ini. Apabila anda menjual produk atau servis kepada “rakan-rakan” internet anda, ianya mudah untuk mereka membuat pembelian melalui anda.

Mereka sudahpun “Kenal, Suka dan Percaya” dengan apa yang anda tawarkan.

Bayangkan jika anda mempunyai 10,000 rakan di internet dan 2% daripada mereka membeli produk berharga RM50 yang anda tawarkan, ianya sudahpun memberi pulangan sebanyak RM10,000.

Ah, jangan kata ianya sesuatu yang mustahil kerana ianya telah pun dibuktikan keberkesanannya. Sebaliknya, anda halusi dahulu sebab kenapa anda tidak dapat hasil jualan yang memberansangkan.

Mungkin ianya disebabkan kekurangan K-S-P.

Walaubagaimanapun, anda boleh lihat di sini bahawa proses K-S-P yang saya maksudkan di sini mungkin akan mengambil masa yang lama untuk anda capai. Jadi, inilah juga satu lagi rahsia jualan yang tersembunyi.

Anda perlu lakukan proses K-S-P ini secara konsisten dan persisten. Semakin lama anda berasa di dalam proses K-S-P ini, semakin kukuh anda membina tapak K-S-P anda.

Di sini juga saya seru kepada anda yang ingin membina bisnes internet supaya tidak cuma “hangat-hangat tahi ayam”. Lakukannya secara berterusan walaupun hasilnya sekarang tidak seberapa. 5 atau 7 tahun akan datang, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya dan saya berbesar hati untuk katakan “sama-sama” di atas ucapan “terima kasih” anda kerana artikel ini telah membuka minda anda tentang rahsia kejayaan jualan di internet.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/azamahmad untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang.
================================================


Mulakan Bisnes Internet Anda Sekarang!
http://PerniagaanInternet.ws/r/azamahmad

Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet oleh Zamri Nanyan

3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.

Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.

Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.

Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.

Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.

Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.

Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.

Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja - iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)

Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa? :)

Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?

Tak tahulah apa jawapan anda.

Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.

Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.

Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.

Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.

Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.

Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/azamahmad untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang.
================================================
Tiket Kebebasan Kewangan Anda!
http://PerniagaanInternet.ws/r/azamahmad

Thursday, January 21, 2010

THE FOUR WEEKS TO FREEDOM




Bukan setakat tunjukkan cara buat duit di internet, tetapi saya juga dedahkan "Blueprint" untuk bina bisnes internet anda sendiri yang stabil pendapatannya....Zamri Nanyan.


The Four Weeks To Freedom ini mengandungi program latihan yang interaktif berdasarkan 4 modul audio bermula dari 14th July 2009. Program ini akan menunjukkan kepada anda cara yang betul untuk anda mencipta pendapatan tambahan daripada internet dan berhenti kerja anda.

Dengan menyertai program “Four Weeks To Freedom” ini, anda akan mengetahui rahsia buat duit di internet dan sekaligus membina sebuah perniagaan internet yang sebenar. Walaupun anda masih belum membina sebuah perniagaan yang sebenar, saya yakin anda akan gunakan strategi-strategi ini untuk menjana pendapatan tambahan daripada internet. 

Semuanya terdapat di dalam 4 modul audio di antara saya dan Patric – termasuk bahan tambahan yang lain seperti software, checklist, mindmap, template dan lain-lain lagi. 

Layari laman web ini untuk maklumat lanjut



Sekarang, beri perhatian dengan mesej ini...

Tak kisah anda seorang newbie atau experienced marketer, program ini memang untuk anda.
Saya akan pastikan anda mendapat semua tool yang diperlukan, tidak kira pengalaman yang anda ada sekarang. 

Ini bonus tambahan untuk anda.


Bonus #1: Video tutorial untuk "Newbie"
Bonus #2: Transkrip dan terjemahan
Bonus #3: Professional webhosting & online marketing tool




JAMINAN PULANGAN SEMULA 100% WANG ANDA

Kepuasan anda dijamin 100% dan disertakan money back guarantee.

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan produk ini, hubungi saya dalam masa 8 minggu dan saya akan pulangkan wang anda 100% tanpa banyak soal.

Anda akan dapat kembali wang anda dengan jaminan yang saya berikan sebentar tadi. Tidak ada kerugian di pihak anda apabila anda membuat keputusan untuk membeli program The Four Weeks To Freedom ini.